Thursday, March 26, 2015
Sejarah Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis
Latar Belakang Penubuhan Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis
Sekolah ini bermula sebagai Sekolah Clifford pada 1927, apabila sebuah sekolah lama dihanyutkan oleh air banjir pada akhir tahun 1926. Nama Sekolah Clifford diberi kerana mengambil sempena nama Tuan Sir Hugh Clifford yang pada masa itu menjadi Gabenor Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan beliau juga menjadi Residen yang pertama di Negeri Pahang.
Sekolah ini semakin maju dan jumlah muridnya semakin bertambah sehingga melebihi 1,000 orang murid pada suatu ketika. Oleh kerana masalah ini, pada tahun 1959 sekolah ini dipisahkan pelajarnya iaitu pelajar menengah dan rendah. Untuk sekolah rendah, sebuah sekolah dengan 15 bilik darjah telah siap dibina pada tahun 1959. Pada 13 Julai 1964 sekolah ini yang dikenali dengan nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis dibuka dengan rasminya oleh DYMM Al-Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Almu’tasimbillah Al-Sultan Abdullah. Pada 1 Januari 1970 sekolah ini telah ditukar nama dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Clifford kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford. Kemudian pada 1 Januari 1998 sekolah ini telah ditukar nama sekali lagi dari Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford kepada Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur sehinggalah ke hari ini.
Guru-Guru Terawal SK Clifford

SK Clifford sekarang...
Subscribe to:
Posts (Atom)